Monday 3 October 2016

Al-Baqarah (233)



2.2.233.  
Juz:2,Surah 2, Ayat 233:
Ringkasan tafsir;
Menyusu anak kandung adalah menjadi tanggung jawab kepada suami.
Ada tiga peraturan menyusu anak kandung dan tanggung jawab suami, waris (datuk, abang, bapa saudara,...);

1. susuan oleh ibu kandung selama 2 tahun.
2. susuan oleh ibu susuan yang diberi upah dengan sepatutnya.
3. Susuan oleh ahli waris adalah wajib sekiranya si suami meninggal dunia.

Menyusu anak kandung adalah sunat bagi ibu kandung, dan ibu kandung boleh tuntut upah tambahan bagi menyusukan anak itu pada upah yang patut, oleh itu jiika ibu kandung tidak dapat memberi sususan kepada anaknya itu, maka si suami hendaklah mencari ibu susuan untuk menyusu anak tersebut dengan upah yang sepatutnya.

Memutuskan (menyekat) susuan dari ibu kandung sebelum cukup 2 tahun adalah tidak digalakan, tapi dibenarkan apabila persetujuan bersama suami isteri tercapai, dan bolehlah mendapatkan ibu susuan jika perlu.

Sekiranya suami meninggal dunia, maka waris nya perlu ambil alih tugas itu untuk menyusukan anak hingga cukup tempoh yang telah ditetapkan oleh peraturan ini. 



[Previous] [Next]  



.


via,
nhance.honeymax@gmail.com
(recover, rayyankomuniti@hotmail.co.uk).